About Me

My Photo
FotoRepublic - A unique brand of photography which specific on wedding, event, sport & landscape photography. Very passionate photographer and ambitious. From a designer of animation software to a full-time photographer. Anything you want ask about my photography just dial my number or if you shy you can send by email :-) Thanks for visiting my blog and please come back often. This is my personal BLOG.

Saturday, March 17, 2012

Pernikahan & Persandingan Salmah - Suhaidi








Pasangan mempelai ini, Suhaidi dan Salmah telah selamat diijabkabulkan pada tarikh 10 March 2012 iaitu hari Sabtu. Majlis bersandingnya pula dilangsungkan pada keesokkan harinya di rumah pengantin perempuan di Skudai, Johor.

All contents and photos are under ©2012 copyright RosliFoto.

Monday, January 9, 2012

Wedding Day : Azza & Khairi

Tahun baru, azam baru, status baru dengan kehidupan baru. Sebagai suami dan isteri dalam kehidupan berumahtangga. Alam baru yang sering diangan-angankan oleh mereka-mereka yang berazam untuk mengecapi kebahagiaan di alam rumahtangga. Azam baru di tahun 2012, zaman bujang mesti ditamatkan :-) Azam 2013, zaman ibu bapa pula :-) cepat-cepat dapat baby.







All contents and photos are under ©2012 copyright RosliFoto.

Saturday, December 31, 2011

Wedding Day : Amer&Shera

Amer dan Shera, pasangan pengantin baru yang menutup tirai tahun 2011 dengan kenangan manis iaitu majlis pernikahan mereka di Senggarang, Batu Pahat, Johor. Di rumah pengantin perempuan, lafaz akad disambut sekali oleh pengantin lelaki. Kini sah mereka berdua, Amer dan Shera pasangan pengantin baru.
Yang menarik pada majlis mereka adalah tarikh yang dipilih iaitu hari Sabtu, 31hb Disember 2011 adalah hari terakhir dalam tahun 2011 dan telah menjadi hari pertama dalam hidup mereka bergelar suami isteri. Dan persandingan mereka pula adalah pada hari Ahad, 1hb Januari 2012, hari pertama untuk tahun 2012 dan hari yang penuh bersejarah bagi pasangan Amer dan Shera.
Walau apapun juga harinya semoga mereka berdua sentiasa dalam jagaan Illahi dan semoga sentiasa berbahagia dalam melalui ragam hidup berumahtangga. 
Selamat Pengantin Baru...




All contents and photos are under ©2011 copyright RosliFoto.

Thursday, December 15, 2011

Wedding Zharif & Nana

10.11.2011 Zharif & Nana telah selamat di ijabkabulkan di Masjid Pasir Gudang. Dengan sekali lafaz mereka bergelar suami dan isteri. Yang menarik semasa majlis pernikahan mereka adalah, bukan hanya mereka berdua sahaja yang dinikahkan pada masa itu tetapi seramai 6 pasang pengantin dari kawasan sekitar telah dinikahkan bersama-sama mereka. Majlis menjadi amat sesak di dalam masjid dan suasana agak meriah. Akan tetapi mujurlah Tok Kadi dapat mengawal keadaan agar adab sopan tetap dijaga semasa berada di dalam masjid. Rumah ibadah dan juga rumah Allah, oleh itu kesuciannya haruslah kita sama-sama menjaganya agar kehormatan agama Islam itu tidak tercemar.
Dan pada sebelah malamnya pasangan pengantin diraikan dengan majlis berinai dan menepung tawar. Saudara mara dari pengantin lelaki dan perempuan bersilih ganti menepung tawar seri pengantin mengikut adat dan tradisi warisan bangsa Melayu.
Pada keesokan harinya 11.12.2011 majlis besar-besaran iaitu majlis bersanding dilangsungkan menyambut raja sehari. Dengan persalinan bertemakan ungu dan hitam pasangan raja sehari begitu secocok dan sepadan di atas singgahsana pelamin. Pasangan raja sehari ini diraikan dengan ucapan tahniah dan kesyukuran dari sanak saudara dan juga sahabat handai. Semoga pasangan Zharif dan Aswana berpanjangan jodohnya dan cepat-cepat dapat baby :-)
Selamat Pengantin Baru...








All contents and photos are under ©2011 copyright RosliFoto.